Thursday, 5 July 2012
Tujuan Berpengakap
Tujuan kita berpengakap adalah untuk menjadi manusia yang berbudi luhur,
berguna dan amanah dengan memberi peluang-peluang dan panduan bagi
perkembangan mental, fizikal, sosial dan rohani beserta estetika yang
seiring dengan objektif pendidikan moden melalui pendekatan yang lebih
natural dan praktis berbanding pembelajaran formal di bilik darjah.
Bagi anda yang telah memilih Unit Pengakap ini, ingin saya menasihatkan kepada kalian, jadilah ahli pengakap
yang terbaik. Timbalah ilmu dan pengalaman dari mereka yang mempunyai
kepakaran. Jangan hanya kerana ianya wajib untuk menyertai unit beruniform. Teruskan perjuangan.
Sekitar Perkhemahan Pre-Jambori International PBU 29 jun - 04 Julai 2012
Gambar-gambar semasa Pre-Jambori
Boss Pengakap SEMEKSI sedang Makan Malam :)
Boss Pengakap SEMEKSI sedang Makan Malam :)
Pemandangan Waktu pagi di kem pre-jambori International |
Tengah pasang khemah sejurus tiba di tapak kem |
Masak Kicap... |
Peserta Kem Pre Jambori |
Cikgu Zaini.. Mengira Budjet ka tu? |
Kenangan Bersama Budak2 Pengakap dari Hong Kong |
Wednesday, 4 July 2012
PERSETIAAN PENGAKAP
Semua ahli pengakap perlu mengetahui persetiaan pengakap dan ini merupakan perkara yang wajib dalam ujian lencana keahlian. persetiaan pengakap merupakan salah satu janji pengakap untuk menjadi seorang insan yang baik dan berguna.
Info Sejarah Pengakap Dunia
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British.
Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Pra Jambori Sabah Bahagian PBU SK.Tambulion Kota Belud
Baru-baru ini 29 Jun - 04 Julai 2012, Pengakap SMK.Sikuati telah menyertai Perkhemahan Pra-Jambori Intrnational sempena "sabah scouts' 100 years anniversary bahagian PBU..Pelbagai aktiviti menarik telah disertai dan pengalaman yang sangat berharga tidak disia-siakan oleh para peserta perkhemahan ini. Semoga Perkhemahan Jambori akan datang mampu disertai oleh ramai lagi ahli pengakap dari SEMEKSI.
Subscribe to:
Posts (Atom)